kebanyakan kebun-kebun atau ladang-ladang yg berkeluasan besar amat mengutamakan sistem perparitannya. ini adalah kerana untuk langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh yang berpanjangan dan untuk mengelak banjir. harus dikenal pasti bahagian-bahagian kawasan yg rendah untuk disalurkan terus air takungan hujan ke dalam sungai yg berhampiran. jika sistem saluran menuju kearah jalan yg dilalui kenderaan, hendaklah dipasangkan colvert supaya air mudah terus menuju ke dalam sungai.
berikut adalah proses menanam tiang pagar dengan menggunakan lebih dari separuh kayu gelam yg telah dibuang kulitnya dan separuh lagi menggunakan kayu 4x4...kami menggunakan pagar kawad untuk memagari keliling kawasan 30 ekar kerana ianya selamat dari haiwan2 ternakan dan liar dan lagipun kosnya tdklah begitu mahal..
proses ini berjalan hingga ke 3 bulan akibat musim hujan yg berterusan. maka mesin excavator tdk dibenarkan bekerja sama sekali ketika hari hujan dan membantutkan proses pembersihan hutan berjalan dengan baik dan sempurna...
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
surah al-an'am